Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

1
Alhamdulillah, seperti yang telah dirancangkan dalam takwim tahunan, Sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan pada 3 Ogos 2015.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu rasmi,lafaz ikrar dan bacaan doa oleh Ketua Pengawas. Selepas berakhirnya bacaan doa, majlis diteruskan oleh ucapan Penyelaras Program Encik Fazli Mohd Zain.


Antara program yang telah dirancang sepanjang sambutan Bulan kemerdekaan ini ialah :

  i.  Tayangan Filem Patriotik
 ii.  Bicara Tokoh kemerdekaan
iii.  Hiasan kelas
iv.  Pertandingan Deklamasi Sajak
 v.  Kuiz Kemerdekaan
vi.  Pertandingan mewarna tahap 1
vii. Rekacipta kad kemerdekaan
  x. Pertandingan basikal berhias

Selepas itu, Guru Besar Pn. Norliza bt Aziz berucap untuk menyempurna rasmikan sambutan Bulan Kemerdekaan. Simbol kemerdekaan apabila seekor burung tekukurdilepaskan dari sangkarnya.


Berakhirnya ucapan perasmian , murid-murid Tahun Empat tampil ke pentas untuk persembahan koir lagu tema "Sehati Sejiwa" dan lagu Warisan.



Terima kasih kepada Team Sambutan Bulan Kemerdekaan yang diketuai oleh Ketua Panitia PSk En. Fazli Mohd Zain serta semua guru yang berkerjasama dalam menjayakan program ini.


1 comments: