Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

1
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Lantaran itu, beliau mengumumkan 10 Oktober ini sebagai Hari Sukan Negara bagi tahun 2015 
Justeru itu, sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober nanti,melibatkan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak di seluruh negara.
Hasrat kerajaan bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan tetapi menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama.
Sejajar dengan itu, Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Puteh telah sepakat melaksanakan Hari Sukan Negara dengan mengadakan aktiviti senamrobik, pertandingan futsal dan pertandingan bola jaring.
Sehari sebelum sambutan, hujan turun dengan lebatnya dan mengakibatkan padang menjadi sedikit becak. Namun begitu, semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan guru-guru dan murid-murid sekolah ini menjadikan sambutan Hari Sukan Negara begitu meriah sekali.

Sambutan dimulakan dengan ucapan oleh Puan Norliza bt. Aziz, Guru Besar SK Kampong Pasir Puteh yang memberi penekanan tentang peri pentingnya kegiatan riadah dan bersukan dalam kehidupan. Bukan sahaja untuk kebaikan kesihatan malahan turut memberi manfaat dalam pendidikan di sekolah khususnya.

Selepas ucapan Guru Besar, program diteruskan dengan seluruh warga sekolah bersenamrobik selama 30 minit.



Selesai sahaja bersenamrobik, program diteruskan pula dengan pertandingan futsal dan pertandingan bola jaring. bagi setiap pasukan, kedua-dua pertandingan perlu ada gabungan pemain antara muird-murid dan guru-guru. Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan.







Tepat pada pukul 11.00 pagi,majlis penyampaian hadiah diadakan bagi meraikan kemenangan pasukan dalam pertandingan futsal dan bola jaring. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh GPK KoKurikulum. Selesai sahaja majlis penyampaian hadiah, maka berakhirlah program sambutan Hari Sukan Negara bagi tahun 2015 peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Puteh.



Jumpa lagi untuk Hari Sukan Negara pada tahun 2016. Majulah Sukan Untuk Negara

Contoh Rancangan Tahunan Persatuan dan Kelab

0